Pages Gua........

WELCOME AND SELAMAT DATANG KE RERUANG INI

Kadang - kadang bila rasa nak kongsi pengalaman, cerita, masalah, atau pendapat kita akan mencari teman atau sahabat tapi kita masih rasa tak puas..... so solutionnya just blogging... bila blogging kita boleh curah apa saja yang nak kita kongsi tanpa perlu untuk kita bercakap... aku suka berkongsi apa sahaja dan inilah tempatnya... akhirnya dapat juga aku berkongsi apa saja.... selamat berBlogging

Along Firdaus (Admin)

Sekadar....Ingatan....

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimudi dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

WELCOME AND SELAMAT DATANG KE RERUANG INI - Admin (Along Firdaus)

Aku hanya Hamba Allah yang ingin berkongsi tentang apa saja pekara yang sedang terjadi atau telah terjadi...... dengan niat yang ikhlas aku, aku harap korang enjoy berada di reruang aku yang tak seberapa ini........... Terima kasih............

"The Nation For the Creation" alongfirdaus.blogspot

Ruang Iklan....




Get cash from your website. Sign up as affiliate.




http://www.emailcashpro.com



12 March 2010

Dh agak lama aku menyepi............

Sekarang aku dh agak menyepi dalam dunia blogging sampai salah satu page aku dh kna Hack....... Mungkin aku akan menyepi lg buat beberapa ketika......... tapi anda masih boleh berblogging dgn rakan2 aku yg lain,

p/s... Terima kasih di atas sokongan anda selama ini....... Hidup bloggers

28 February 2010

Kisah Sawah Bendang, Padi dan Beras


Paddy Field at Sunset
Originally uploaded by Achiam
Padi merupakan tanaman utama di negara-negara asia dan telah di tanam sejak zaman-berzaman. padi telah di perkenalkan oleh puak DEUTRO-MALAYS ke Malaysia pada tahun 1599 sebelum Masihi ketika mereka berhijrah ke rantau ini dari yunan. ketika itu Kepulauan Melayu di diami oleh puak Proto-Malays. di Asia Tenggara terdapat negara-negara lain yang mengeluarkan padi termasuk Indonesia, Thailand, Burma dan Filipina. Indonesia, Thailand dan Burma mempunyai kawasan penanaman padi yang luas dan sekaligus mengeluarkan hasil yang banyak. penanaman padi turut tersebar ke Benua-benua Eropah seperti Australia, Argentina, Amerika Syarikat, Itali dan beberapa buah negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) yang lain. Negara-negara barat ini turut menjadi pengeluar dan pengeksport padi walaupun nasi bukan makanan utama penduduk di negara-negara ini. padi di tanam di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Kedah adalah negeri yang mempunyai kawasan penanaman padi yang paling luas di Malaysia, sehingga di kenali sebagai Negeri Jelapang Padi di Malaysia.

Selain daripada itu, Padi atau nama saintifiknya Oryza sativa merupakan satu daripada spesis tumbuhan liar. Padi yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasilkacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Padi yang di tanam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah atau padi bendang dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi ini banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Padinacin ialah padi yang menghasilkan beras. Beras ini pula akan bertukar menjadi nasi dan merupakan makanan ruji utama. Padi pulut tidak di hidang sebagai makanan utama tetapi lebih banyak di gunakan untuk membuat kuih-muih. Ini disebabkan keadaan yang senang melekat semasa di pegang dan rasa yang lemak.

Beras mempunyai banyak khasiat. Beras mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak. Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium dan sulfat. Beras juga mengandungi vitamin. Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan. Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat. Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih. Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin.

Menurut sejarah, Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.

Latar Belakang Daerah Kerian


Sg Kerian, Perak
Originally uploaded by GengNT
Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan.

Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.

Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari kawasan Luar.

Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.

Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.

Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan Pekan Kuala Kurau.

Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.

25 February 2010

Dah agak lama aku menyepi..........

Sekarang aku dh agak menyepi dalam dunia blogging sampai salah satu page aku dh kna Hack....... Mungkin aku akan menyepi lg buat beberapa ketika......... tapi anda masih boleh berblogging dgn rakan2 aku yg lain

p/s... Terima kasih di atas sokongan anda selama ini....... Hidup bloggers

24 February 2010

Kisah Padi dan Beras


PC070097
Originally uploaded by Aku Orang Kerian
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur.

Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.

Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.

Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.

Kaedah Penanaman Padi Dalam penanaman padi terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam (transplanting) dan tabur terus(direct seeding).

23 February 2010

Check Out For My New Look Blog Page

http://akuorangkerian.blogspot.com/


http://akuorangkerian.blogspot.com/

21 February 2010

AGM Alumni SMT/SMV NTebal (SMTNT)



AGM Alumni SMT/SMV NTebal akn diadakan pada 7 Mac 2010 Ahad Jam 9.00 pg di dewan wawasan SMT/SMV NTebal (SMTNT) dan selepas AGM akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil kepada bekas guru dan pelajar yang telah kembali kerahmatullah. Hrp maklum dan minta sebarkan.TQ

Pekara :AGM Alumni SMT/SMV NTebal (SMTNT)
Tarikh :Ahad, 7 Mac 2010
Masa :9.00 pagi
Tempat :Dewan Wawasan SMT/SMV NTebal (SMTNT)

Tentatif :-
Selepas AGM akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil kepada bekas guru dan pelajar yang telah kembali kerahmatullah

Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selamatkan Mangsa Lemas



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Belubor, Rusila, 5.30 ptg. 14.2.2010.. Semasa kejadian beliau sedang berehat di tepi pantai bersama keluarga. Turut sama terlibat dalam usaha ini adalah beberapa orang ahli keluarga beliau termasuk 2 anak lelaki dan seorang menantu.

19 February 2010

Thesis Oh Thesis

Sory la geng.. blog gua skang dh agak bersawang, sejak 2 menjak ni gua agak sibuk dgn thesis gua hahahahahah............ banyak pening oooooooooo..........

07 February 2010

Sibuk.... sibuk.............

Dah lama dah rasanya aku tak update blog aku ni.......naku sibuk sgt dgn kerja aku......... myb aku akan menyepi lagi untuk beberapa bulan........... sampai projek alu ni berjaya hahahahha............. doakan aku...........

14 September 2009

Check out for my new bar... facebook...

hahha... kan mudah nak guna facebook....... just sign in in my blog....

Ramadhan pun dah d penghujung...

Syawal dah dekat dah...
skang kita ngah dok ingat pasal nak raya je...
tapi masa ramadhan datang kita tak pun kecoh macam masa bulan syawal...
dengan kuih rayanyer...
baju raya...
duit raya...
tapi untuk bulan ramadhan....
Heheh...

Salam to all... Buzzzzz

Hahahha... raya dah deka... persiapan macam mana ye...
dah la ngah pokai giler...
kah kah kah ala kadar je la raya ni
baju dah beli
seluar dah beli tapi poket kosong hahaha