Cinta dan Perasaan (love and feeling)

Kenapa cinta kita dinafikan sedangkan kita amat menyintai Dia, dia yang aku maksudkan adalah seseorang yang kita rasa boleh membahagiakan kita, dia adalah seseorang yang kita lihat pada pandangan pertama dan kita tahu dia adalah orangnya yang boleh memberikan kita kebahgiaan. Tapi mengapa dan kenapa kita tak dapat untuk miliki cintanya, kita dah berusaha sebaik mungkin untuk dapatkan cintanya, kita dah cuba sedaya upaya untuk dapatkan keyakinan dan cinta daripadanya, namun kita tetap gagal dan terus menemui jalan buntu. Kisah cinta dia terus berganti hari demi hari, maksud aku dia tak menerima cinta kita, tapi menerima cinta dari orang lain dan untuk kesekeliankalinya dia ditinggalkan oleh orang yang mengaku sebagai kekasihnya. Kita rasa pedih apabila dia ditinggalkan, kita cuba untuk dekatinya, tapi ajal maut jodoh dan segalanya ditangan Tuhan, kita masih tak dapat nak miliki cintanya.... tak nampakkah dia akan keikhlasan cinta kita padanya, kita tetap setia menunggu dan menanti, cuba dan terus mencuba untuk dekatinya kembali....

Kita tahu bahawa jika dia milik kita, kita tidak akan sia-siakan dirinya, kita tidak akan tinggalkan dia, tapi dia.... masih tak dapat untuk terima cinta kita dan dalam masa yang sama dia terima cinta dari orang lain, tak lama dari itu.... kita dapat tahu dia ditinggalkan lagi..... dia adalah seorang perempuan yang baik tapi buta dalm percintaan..... dia nafikan cinta kita sedangkan kita sudah menunggu dia dengan sabar dalam satu jangka masa yang terlalu lama, tapi dalam masa terekat dia dapat terima cinta orang lain yang sejarah telah menunjukkan bahawa cinta yang semacam itu tak akan kekal lama.... kenapa kita dipinggirkan..... memeng betul apa yang orang kata cinta itu buta.... cinta itu gila.....

Comments