Kisah Penghayatan Luar bandar

Kisah ini aku tujukan khas buat orang yang telah mengajar aku tentang kehidupan sebenar. Beliau merupakan seorang bapa kepada dua putera, dengan hanya bekerja sebagai seorang nelayan dan bersekolah setakat darjah tiga beliau telah dapat membimbing dan menyara keluarga beliau sehingga salah seorang daripada anak beliau telah dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Beliau yang aku maksudkan adalah Pak Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Mail Vespa.

“Sebusuk-busuk ikan itu adalah sewangi-wangi duit”, Ismail Haji Yaakob, Kampung Gertak Sanggul, Balik Pulau, Pulau Pinang

Comments