Wudhuk...macam mana nk wudhuk ye.....

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
> > solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
> > dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
> > demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
> > Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
> > dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
> > Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
> > Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
> > Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
> > Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
> > * Bertaubat
> > * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> > * Tidak tergila-gilakan dunia
> > * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
> > * Tinggalkan sifat berbangga
> > * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> > * Meninggalkan sifat dengki.
> > Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
> > Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
> > 1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
> > 2.Syurga di sebelah kananku,
> > 3.Neraka di sebelah kiriku,
> > 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> > 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah > menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
> > kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"
> > "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
> > rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
> > pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
> > selama 30 tahun."
> > Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
> > yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
> > Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

Comments